Showing posts with label The struggle. Show all posts
Showing posts with label The struggle. Show all posts

Anakanda



Gambar ikhsan http://hboplace.blogspot.com

Kehadapan anakanda yang disayangi,

tulisan ini bermaksud menyatakan rasa hati
terpendam beberapa lama
tidak mampu lagi tersimpan

kami cuba bercerita
setelah terlalu lama kita berdiam
dan hati kita menjauh
walau zahir kita bersama

sebenarnya kami khuatir.
tingkahmu seakan mengalah.
pada takdir yang belum sudah.

sebenarnya kami bimbang
lakumu seakan sumbang
hari-hari mu tidak lagi seimbang

sebenarnya kami bersedih
pada kusut dan perit

sebenarnya kami cuba.
tetapi gagal menelah punca
lalu biarlah kami menduga
kalau-kalau ada kebenaran pada keadaan

kalau takdir yang dulu masih didendam
maaf
moga Allah mengampuni khilaf kami
kesal
lalu kami amat mahu membaiki hari ini

kalau percaturan hari ini menjadi beban
tabah lah anak
kami masih ingat semangat mu yang kuat dulu
usaha lagi
Janji Allah itu pasti

sebenarnya kami buntu
tidak pasti untuk membantu
atau terus diam
melihat saja
waktu yang berharga 
berlalu begitu sahaja

kami mengharap amat, anak
kembalilah
Allah Maha Menolong hambaNya yang meminta


"Selamat Hari Lahir. Umi doakan yang baik-baik sahaja"


 

It feels this way - or worse



La Tahzan, Innallaha ma'ana

How can I sleep

It was less than 24 hours since he sent me and mom to KB; and he has just reached home after an 8-hours journey.

Apr.12 2010
(07:58 a.m.): Ayah kena stroke. Sebelah kanan tak boleh gerak.
(08:41 a.m.): Tak dpt. Tu no. fax.
(08:47 a.m.): Dah call Sg Buloh. Nanti dia hantar ambulan.
(10:33 a.m.): Dah sampai Hospital Sg Buloh
(10:46 a.m.): Mak dgn Kak Melah. Ayah still mcm tu. Sebelah kanan dan suara tiada. Doktor   tengah check
(12:02 p.m.): OK. Everything under control
(01:10 p.m.): OK. Sekarang belum ada apa-apa lagi. Doktor belum panggil.

 Blood clot di kepala sebesar penumbuk. Operation chances: 20/80

(05:10 p.m.): Tengah tunggu ada katil kosong. Tak operate.
(07:32 p.m.): Dah dapat katil. Tak boleh tunggu - critical.
(08:03 p.m.): Kat Neurosurgery. Abg on the way balik. Esok mak pegi jenguk.
(10:57 p.m.): Rasa tak best

Apr.12 2010
(05:56 p.m.): Boleh. Naik apa?
(06:11 p.m.): Jumaat pagi? Turun Klang before 7 a.m.
(10:20 p.m.): Tak best terkenang ayah sorang-sorang kat ward. Tak tahu dia masih ingat kat kitaorang @ tak
(11:31 p.m.): Kat hospital sekarang. Diaorang panggil datang.

Difficulty breathing - on oxygen. Decided no breathing tube insertion - unbearable. 

(12:12 a.m.): Mata tutup, ada gerak-gerak sikit. Semua kat bawah - tak boleh tunggu atas. 

I can't sleep.  I can't help it anymore. This is the time to be at a place where I should be. Mom has just slept. Early flight tomorrow morning insyaAllah. And my credit card is not working (again!!!!!).
  

Dua bulan satu hari satu ujian

Alhamdulillah, kelmarin, genap dua bulan pernikahan kami. Moga Allah terus memberkati perhubungan ini dan memberi kasih sayangNya kepada kami. Dalam bahagia yang melimpah, Allah mengusik dengan sedikit ujian kecil.

Kelmarin saya telah menjalani ujian CT-Scan (Abdominal-Pelvic). Ujian tersebut sangat perlu usai ujian ringkas Dr Azidah -Pakar Perubatan Keluarga, yang kemudiannya merujuk saya terus kepada Registrar ObeaGynea Dr Menaga. Melalui Ultra-sound dan ujian klinikal, keduanya sangat pasti terdapat sesuatu yang abnormal dalam perut saya. Keduanya membuat andaian ada ketulan daging membesar meliputi ovari - saiz sebesar 20x17 cm. Alhamdulillah, uterus kelihatan jelas tidak terusik. Namun mereka khuatir sekiranya terdapat juga ketulan asing membesar didalam rectum, memandangkan sentuhan kedalam bahagian tersebut dirasai seperti dihalang ketulan daging. Keduanya tidak pasti - tidak pernah melihat pembesaran ketulan sebesar itu, dan sebegitu gaya dan sifatnya. 2 ketulan membesar membalut ovari dan beberapa ketulan asing disekitar rectum. CT-Scan perlu untuk kepastian. Atas usaha Dr Azidah dan izin Allah yang Pengasih, saya berjaya diuji CT-Scan. Sebelah malamnya, saya dihubungi Dr Azidah memberi makluman akhir sebelum laporan penuh diterima- UNILATERAL OVARIAN TUMOUR. Beliau tidak mahu memberitahu samada ketumbuhan ini bersifat kanser atau tidak, sebaliknya meminta saya bersabar dengan ujian Allah ini.

Untuk semua yang saya sayangi diluar sana - saya tahu kata-kata ini tidak wajar, tetapi ini adalah perasaan saya sekarang.

Kepada suami yang amat saya sayangi dan hormati, saya mohon maaf - sekiranya saya menjadi lemah dengan ujian ini dan perlakuan saya menyulitkan keadaan abang. Saya mohon maaf, sekiranya dengan ujian ini, saya tidak mampu menjadi isteri yang sempurna. Saya mohon maaf, sekiranya dengan ujian ini, saya mengecewakan impian abang. Terima kasih kerana berjanji untuk melalui keadaan ini bersama. Terima kasih kerana bersungguh-sungguh mahu menemani saya dan tidak lari daripada keadaan yang seakan menakutkan ini.

Kepada keluarga saya terutama kekanda Haslina dan bonda yang amat saya sayangi - saya mohon maaf - sekiranya dengan ujian ini, saya tiada cukup masa untuk membalas segala budi baik dan kasih sayang yang diberi selama saya hidup didunia ini. Saya mohon maaf, sekiranya pengorbanan kalian tiada mampu saya bayar. Saya mohon maaf, sekiranya dengan ujian ini, saya terpaksa pula menagih lagi kasih sayang dan pengorbanan kalian. Terima kasih atas perhatian dan kasih sayang.

Saya mohon maaf semua - kerana memohon maaf sebegini.

A year has gone - comfort gateways







A moment to remember - Alhamdulillah

A year has gone - here was some of the hard work