Jemputan untuk hamba - (1447:2026)

Laman sosial dilimpahi dengan seribu macam perkongsian catatan, gambar, luahan hati, harapan, dan apa saja - apa saja yang mahu dicerita, ditayang, dicanang - lihat dunia - ini lah aku - yang menerima jemputan Agung. 

Allah. 

Ampunkan hambaMu. 

Lindungi aku dari penyakit hati. 

Sungguh dalam Husnul Khotimah - aku mahu mati. 

a. Allah merezekikan anakanda Nurul Ilham dapat tinggal di asrama SMANTAP, asbab umi dan ayah ke Mekah, dan tiada siapa nak menjaga anak-anak di Kota Bharu. 

Semoga menjadi anak yang solehah.





b. Kerana tiada buat apa-apa majlis, Cik Sah dan Abang Ri yang menjemput kami sekeluarga jamu macaroni sup yang enak - untuk menghantar Dhuyufurahman. 




c. TIAS juga membuat bacaan doa untuk menghantar kami ke Mekah dengan selamat. Insyaallah . 



d. Ayah bonding-time dengan anak bujang kesayangan di Econsave. 



e. Terlalu banyak list barang-barang yang dicadangkan disana sini. Ini cuma contoh hasil pembelian Shoppe. 




e. Pujian untuk Tabung Haji yang sangat efisien dalam memberi maklumat terkini, melalui infographic yang berkesan. 


f. Makan malam masakan Siam sebelum bertolak ke Kuala Lumpur - bimbang rindu pula dengan tomyam. 


g. Barang-barang Hajah Kak Chah yang disimpan untuk anak-anaknya, tetapi dititip kepada adik, yang kebetulan dijemput dulu, Alhamdulillah.