Rombongan Jemputan Allah

Dari awal telah merancang untuk tiada sesiapa yang menghantar ke Movenpick, kecuali adik ipar yang membawa Innova. 

Konon tidak mahu anak-anak bersedih hati. Bimbang tiada siapa rajin memujuk kalau menangis ditinggal nanti. 

Biarlah kita bersalam selamat tinggal dirumah saja. 

Bolehlah air mata diseka di dalam kereta, sedang anak-anak terus bermain-main, leka,  tanpa perlu melihat umi dan ayah - yang akan bermusafir lama. 

Tiba-tiba ibu Jun membuat tawaran - siapa nak ikut nenek hantar umi dan ayah? 

Hati umi menjadi gundah. 
Lalu tersedar - rancangan awal dulu lebih untuk menjaga sedih sendiri. 
Tidak sanggup melihat anak bersedih, kerana keadaan itu amat menyedih. 

Iffah yang baik - mestilah setuju untuk ikut. 
Izzat yang cekap berfikir - tidak setuju. Mungkin telah mendengar sebelum ini - perbincangan rancangan umi dan ayah. 
Umi mahu mengawal sedih sendiri.

Lalu episod memujuk Izzat pun bermula. 
Jom ikut Iffah hantar umi dan ayah.
Takkan Izzat nak tinggal seorang di rumah. 

Keliru la anak yang telah ada satu ketetapan 
Bila yang dewasa mudah sungguh menukar keputusan 
Anak yang kecil -  terpaksa berdamai dengan perubahan - tanpa banyak pilihan. 

Izzat tidur dipangkuan sepanjang perjalanan. 
Bila sampai di pintu gerbang pelepasan - Izzat tidak mahu turun melambai tangan. 
Tidak mahu bersalaman selamat tinggal. 
Tidak ada gambar kenang kenangan.

Pergi saja ayah dan umi. 
Kami mahu balik sahaja. 
Melayan sedih hati. 

Selamat tinggal anak-anak yang baik. 
Allah pasti menjaga mu. 

Sungguh ini umpama jalan menuju mati. 
Selamat tinggal dunia yang disayangi. 

Rezeki seorang sahabat dunia akhirat datang menghantar.
Cuti separuh hari, besar betul usaha. 
Nah, gambar-gambar kenangan hasil kecomelan sahabatku yang diredhai Allah. 








































0 comments: