5. Menikmati Makkah al Mukarramah


Setiap hari mencuba untuk mencari kekasih hati. 

Dalam malu dan penuh sedar diri - masih diselubungi dosa dulu dan kini, 

Harapan menggunung tinggi - berpalinglah sedikit kepada ku Ya Rabbi. 

Aku mohon ampun atas dosa dan lupa.

Yang terlalu banyak bak buih dilaut

Aku mohon Rahmat Mu Ya Rahman

Secebis kasih sayang Mu 


Pada setiap langkah menuju rumahMu

Pada haba terik dan peluh meleleh

Dalam ibadah wajib yang diperindah

Dalam ibadah sunat yang ditambah. 

Dalam doa yang harap didengar. 

Semasa bermua'malah. 

Ketika bermuhasabah. 

Sewaktu berduaan

Semasa berseorangan 

Semasa berjual beli 

Ketika bersendiri melayan hati 


Aku tetap mahu Kamu ya Allah. 

Aku mahu mengingatiMu 

Selalu 


Beri lah aku upaya

Ya Allah 

Untuk mencapai impian itu 


 a. Pemandangan pertama di Masjidil Haram


b. Bersama kesayangan yang sangat prihatin - mengambil masa duduk bersama, dan berusaha memujuk keluar bilik sekali-sekala.
Sedang hati senang ditemani bacaan yang dibawa dari tanahair, alhamdulillah. 
 


c. Bergambar tanda selamat sampai dan selesai menunaikan umrah dan tawaf sunat. 


d. Mercu tanda. 


e. Sarapan hari pertama di Hai-O, sedap lontongnya - cuma harga boleh tahan, makan bertiga sekitar SRY70.00. 



f. Kedai runcit dijaga Bangladesh rasanya, juga agak pricey - hampir semua barang harganya mahal sedikit dari ke Mekah Tower. 


g. Bertawaf sunat rasanya. 


h. Mengisi masa lapang dengan membasuh pakaian dan menyidainya secara illegal di rooftop hotel. 





i. Looking forward for more to go, insyaallah. 



4. Berdikit-dikit mengenal bumi suci

Melangkah masuk ke bumi suci berkah ini dengan debar dan harapan yang dibawa sejak dari tanahair lagi. 

Antara resah bimbang dan ragu seorang pendosa yang tidak layak menjejaki tanah suci ini dengan segunung harap Allah Maha Mengasihani dan menerima aku kembali - pulang dari satu perjalanan jauh - sejauh 50 tahun. 


Disini, aku mahu kembali Ya Allah. 

Kepada Mu

 Disisi Mu

Terima lah aku Ya Allah. 

Pandang lah aku Ya hina ini Ya Allah.

Sungguh aku mahu pulang 


Dari perjalanan jauh yang panjang 

Mahu aku mendekat pada Mu

Mahu aku mengenal Mu ya.Allah


Ampun maaf Ya Allah 

Terlalu lama aku menjauh

Terlalu aku bodoh dan angkuh 


Bawalah aku pulang Ya Allah

Hampir kepada Mu

Hari ini 

Dan mendatang 





3. Syukur di atas sabar

Alhamdulillah. 

Saya ditakdir untuk berhaid sehari sebelum bertolak ke Mekah. 

Sangat awal - suci sekitar 16 hari sahaja sejak haid terdahulu. 

Tersentak seketika, kerana rancangan manusia lemah ini kononnya -  jom kita terus selesaikan tawaf sebaik tiba ke Mekah. 

Rancangan Allah Maha Hebat. 

Saya diberi kerehatan dalam Ihram. 

Melihat rakan-rakan sebilik menyelesaikan tahalul dan menikmati Masjidil Haram yang gah. 

Alhamdulillah. 

Allah memberi rasa syukur dan cukup amat. 

Dengan apa yang dikurnia. 



b. Mak Yan rupanya Ustazah Petugas Haji pada malam kami berangkat. Allah takdirkan Mak Yan sedang consult seorang jemaah wanita juga berkait haid dan aturan berihram. 
Doa makbul sekelip mata - hari sebelumnya bercadang untuk bertanya mengenai perihal yang sama kepada Ustazah TH. 






c. Selepas dihantar dan ditinggal oleh Opek, ibu Jun, Iffah dan Izzat. 
Steady - berangkat berdua saja. Cukup, Alhamdulillah. 
Ambil gambar sendiri - sampailah seorang kakak offer ambilkan gambar kami kerana lama dia memerhati kami tiada ditemani sesiapa. 



d. Debaran dan excitement pertama - ruang menunggu di Movenpick - seperti yang dilihat dalam Live TH sebelum ini. Alhamdulillah, disini malam ini. 


e. Sedia siaga dengan pakaian Ihram untuk standby berniat di Miqat Qarn Manazil. Anak saudara bertuah, bakal menjadi teman jemaah sebilik selama 46 hari ini, akhirnya bertemu di tempat duduk SAUDIA - walaupun berjam-jam memunggu di airport - santai. 

Ini gambar setelah hampir mendarat - selepas dijamu makanan lazat. 



Ini gambar semasa boarding - finally seeing my niece-roommate. 




f. Menaiki bas dari Jeddah ke Mekah - awal pagi yang telah terik disinar matahari. Membaca doa memasuki Baitul Haram, bumi yang berkat - 
Berikan kami keberkatan dan segala kebaikan dibumi ini Ya Allah. 
Haramkan tubuh badan kami semua dari panas api neraka. 
LabbaikaAllah....
Terimalah kedatangan hambaMu yang berdosa ini Ya Allah. 
Terimalah kami sebagai tetamuMu. 
Aku datang ya Allah. 
Lihatlah aku yang hina ini. 




g. Maktab 68 Hotel Rehab Al-Janadiriyah, bilik 0627 berenam dengan sepasang saudara setiap satu. Achik Iza dan Lina. Cik dan menantu sulung Kak Na. Kak Zai dan adik bongsunya Kak Zai - semuanya dari Terengganu. Dengarnya semuanya mungkin kadar full-price atau sekurang-kurangnya M40 Muas'ssah - orang ada-ada yang sangat humble. 




h. Terlepas ini dan melayan naskhah di bawa dari tanahair - Maqasid Haji susunan Maulana Zakaria yang menggiurkan. 



i. Pagi kedua di bumi berkah. 






2. Rombongan Jemputan Allah

Dari awal telah merancang untuk tiada sesiapa yang menghantar ke Movenpick, kecuali adik ipar yang membawa Innova. 

Konon tidak mahu anak-anak bersedih hati. Bimbang tiada siapa rajin memujuk kalau menangis ditinggal nanti. 

Biarlah kita bersalam selamat tinggal dirumah saja. 

Bolehlah air mata diseka di dalam kereta, sedang anak-anak terus bermain-main, leka,  tanpa perlu melihat umi dan ayah - yang akan bermusafir lama. 

Tiba-tiba ibu Jun membuat tawaran - siapa nak ikut nenek hantar umi dan ayah? 

Hati umi menjadi gundah. 
Lalu tersedar - rancangan awal dulu lebih untuk menjaga sedih sendiri. 
Tidak sanggup melihat anak bersedih, kerana keadaan itu amat menyedih. 

Iffah yang baik - mestilah setuju untuk ikut. 
Izzat yang cekap berfikir - tidak setuju. Mungkin telah mendengar sebelum ini - perbincangan rancangan umi dan ayah. 
Umi mahu mengawal sedih sendiri.

Lalu episod memujuk Izzat pun bermula. 
Jom ikut Iffah hantar umi dan ayah.
Takkan Izzat nak tinggal seorang di rumah. 

Keliru la anak yang telah ada satu ketetapan 
Bila yang dewasa mudah sungguh menukar keputusan 
Anak yang kecil -  terpaksa berdamai dengan perubahan - tanpa banyak pilihan. 

Izzat tidur dipangkuan sepanjang perjalanan. 
Bila sampai di pintu gerbang pelepasan - Izzat tidak mahu turun melambai tangan. 
Tidak mahu bersalaman selamat tinggal. 
Tidak ada gambar kenang kenangan.

Pergi saja ayah dan umi. 
Kami mahu balik sahaja. 
Melayan sedih hati. 

Selamat tinggal anak-anak yang baik. 
Allah pasti menjaga mu. 

Sungguh ini umpama jalan menuju mati. 
Selamat tinggal dunia yang disayangi. 

Rezeki seorang sahabat dunia akhirat datang menghantar.
Cuti separuh hari, besar betul usaha. 
Nah, gambar-gambar kenangan hasil kecomelan sahabatku yang diredhai Allah.