DBJ 2848

Alhamdulillah, akhirnya si dia berada di hadapan rumah sekarang. Berkongsi syukur dengan ramai yang rata-rata memberi pelbagai bentuk nasihat, tips, panduan, 'to do and not to do things' - semuanya dibaca dengan makna sokongan, perhatian dan kasih sayang. Bertuahnya hidup dilimpah kasih sayang, Alhamdulillah.

Bersolat hajat mohon diberi keyakinan, kemahiran dan keselamatan selama bersama si dia ini.

"Achik dah habiskan duit? Achik perlu berlatih...; warna merah maksudnya brek, warna hijau boleh teruskan, dan warna kuning untuk bersedia"

Cubaan pertama saya beroleh C --.

Kenaikan

Harta @ hutang pertama. Setelah berdedai-dedai di hampir 6 buah kedai kereta selama 2 minggu, akhirnya hari ini saya bertekad berhenti dan membuat kata putus. New MyVi Premium Medallion Grey Edaraan PERODOA pilihan hati - RM 49 700. Down payment RM 5000 - bakal diambil dari elaun tamat pengajian berbaki dan gaji separuh bulan pertama. Syukur tidak perlu berpayah membuat tukaran wang, tidak juga perlu meminjam ibu yang sedia mendahulu simpanannya.

Sebenarnya perkara pertama hari ini adalah temuduga jawatan tetap pensyarah universiti. "I am expecting you to serve all referrals from the entire hospital - you are hospital's psychologist - not neccesarily belonged to one particular department'. What an expectation!

peluang

alhamdulillah - selain satu cerita, saya sepenuhnya dilimpahi rezeki melimpah. Ada peluang merapi skill klinikal; ada peluang mencuba kebolehan baru - berucap memberi syarahan; ada peluang menyelia pelajar ijazah lanjutan, ada peluang nanti mengajar; ada peluang menyambung kerja penyelidikan: sekarang dengan lebih tersusun dan bergeran. ALhamdulillah.

1 minggu

Hari ini genap seminggu saya bertugas (baca: datang dan pulang) di sini. Rasa berubah-ubah. Sekejap seronok, sekejap bosan. Ada masa mahu sangat menjadi orang yang serba tahu, ada masa tidak peduli. Ada waktu tenang dan damai, ada masa keletihan. Hampir setiap masa menghirup udara kedewasaan. Dunia yang terkawal, percaya diri dan yakin. Banyak masa juga mencari jalan - bagaimana saya boleh jadi lebih bahagia dan gembira. Terapi jangka singkat - seperti selalu - melawat-lawat kedai dan membeli itu ini. Cuma disini, apalah sangat untuk dibeli....

Pulang

Saya telah sampai ke tanahair. Saya telah bertemu dengan manusia-manusia yang saya tinggalkan 3 tahun 8 bulan dulu. Saya telah di rai meriah - "Tahniah Dr Azizah Othman' di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Saya telah dipandu pulang dengan NAZA Kia along oleh adinda saya bersama isterinya dan kekanda kesayangan saya pada malam itu juga.

Pagi keesokannya saya merai kemerdekaan saya - melebihi kemerdekaan ke 51 negara saya. Ada kenduri kesyukuran merai kejayaan saya melangsaikan pengajian tertinggi ini. Ada saudara-mara dan jiran yang datang dijamu ayam masak merah, sayur lemak, ikan kering dan entah apa-apa lagi. Ada hadiah-hadiah dari Adelaide yang di bahagi-bahagi buat yang terpilih. Ada juga hadiah untuk saya - sepasang kurung siap dari kakak Hafsah. Ada penyemat tudung dari kakak Siti Khadijah. Lagi sepasang kurung merah jambu sedondon tudung bawal dari Kelantan hadiah anakanda Aishah sekeluarga. Ada satu patung beruang gaya graduasi dari kakak Haslina. Ada 'sejambak' patung beruang yang pelbagai saiz hadiah anakanda Nadiah dan kekanda Anuar. Ada banyak ucap tahniah dan syukur. Lalu apa lagi mahu saya pada dunia ini. Alhamdulillah - syukur pada Allah yang mengurnia kenikmatan.

Saya berhenti sekarang. Tulisan ini kelewatan hampir 21 hari. Ada perkara besar berlaku - yang sebenar menghalang saya menulis segera; yang mencalar keghairahan cerita pulang.

Ada perkara besar. Ada perkara jiwa. Perkara diri dan percaya.

a week to Adelaide Convention Centre

1. Buy 2 guest tickets from BASS - AUD30.
2. Collect 3 complimentary tickets from Ms. Behrend.
3. Pay Academic Gown hiring fee - AUD45.
4. Print Graduation Ceremony Information.
5. Book freelance photographer - Aliff.
6. Remind those who intended to join the celebration on the 15th.
7. Get ready to officially get the courtesy title.

pendedahan rasa

kerapkali saya berfikir pendedahan rasa akan mengakibat kita menjadi rendah dan kalah. lebih-lebih lagi bila ia melibatkan unsur saingan yang - secara amnya - tidak kita kenal secara pasti entah SIAPA orangnya. bersama unsur yang satu ini - bagai ada satu pengecualian. beberapa kali telah saya mencuba. hasilnya hampir sama (baca: kepada saya). saya menjadi semakin tinggi dan menang. kesan sampingan lain: berpuas hati, berhenti soal jawab dengan diri sendiri, dan berpuas hati lagi. keadaan yang saya tafsirkan konflik rupanya mendekatkan. ini cerita hari ini. esok saya tidak pasti.

bermain rasa

bermain dengan rasa itu satu ketagihan rupanya. Ketagihan yang kalau dibiar berpanjang tanpa sekat, akan berubah menjadi satu keperluan. Keperluan buatan, keperluan yang dibuat-buat, keperluan yang sebenarnya tidak perlu. Lantas bila keperluan buatan itu mendikit, hilang, apa lagi terhenti - rasa yang mulanya dulu cuma main-main - berubah menjadi satu tanggungan - pedih - dalam - perit. Nah...sekarang rasakan hasil permainan rasa ciptaan sendiri...


walau berkali sudah..belum puas bermain rasa..

calon Tingkat 2

Semasa saya sedang menikmati dan menghayati perasaan menjadi orang cemerlang yang belum berjaya tadi, penghayatan saya 'diganggu' oleh satu unsur. Sebenarnya, beberapa waktu kebelakangan ini, saya melihat kemungkinan unsur ini sebagai calon ke Tingkat 2. Berdasarkan rekod kejayaan dan semangat belajar berterusan yang sentiasa ada dalam jiwa saya, saya telah berkira-kira untuk mencipta kejayaan dan sejarah baru dalam diri. Perkiraan ini sudah berlangsung beberapa waktu. Mahu menjejak kaki ke Tingkat 2. Sedapat mungkin dengan risiko paling minima (baca: kurang berani untuk gagal). Tapi sekarang perkiraan saya terbantut. CalonTingkat 2 tiba-tiba seperti juga sedang membuat perkiraan - yang saya tidak tahu tentang apa. Calon Tingkat 2 sekarang seperti mencabar 'kecemerlangan' saya. Terasa-rasa calon Tingkat 2 bermain permainan saya.... Hmmmm.... saya perlu bertenang dan bersabar. Menunggu apa yang akan terjadi tanpa bertanya.....Perkara paling susah untuk saya lakukan. Jadi, biar saya bertanya disini. Seorang diri.

Tingkat 1

Saya telah lulus, bukan calang-calang, lulus cemerlang. Saya bercerita Tingkat 1. Tingkat menarik dan menumpu satu perhatian. Tingkat membuat perhatian terhenti dan terpaku - hanya untuk satu unsur (baca: saya). Kecemerlangan saya dalam Tingkat 1 sangat terbukti. Saya berjaya 'membawa masuk' unsur berada dalam Tingkat ini - beberapa lama - bergantung - 3, 4, 5, 6 bulan, setahun, dua, atau 3. Rekod paling lama - hampir 6 tahun. Bukankah itu lulus cemerlang? Melihat rekod tanpa gagal saya, saya mungkin boleh digelar sebagai pakar Tingkat 1. Layak memberi ceramah murahan 'How to get a .... in Stage 1 in few days'... hahahah...

Tapi, saya bercerita tentang Tingkat 1. Saya belum ke tingkat yang lain . Menjengah pun tidak pernah. Mentahnya saya - sampai jumlah tingkat yang ada pun saya tidak tahu. Mungkin saya belum berani mengambil risiko - maka saya bermain-main dengan cemerlang di tingkat yang sama, dengan unsur yang berbeza, pada waktu yang berbeza.

Hari ini saya berasa seperti - orang cemerlang yang belum berjaya. Bagaimana agaknya perasaan itu? Beginilah rasanya.