Satu bulan empat hari





Alhamdulillah,
Moga pernikahan ini diberkati Allah dan diseri dengan kasih sayang dan persefahaman yang melimpah.
Kasih, terima kasih mencipta bahagia ini.

Bersifat terbuka

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Laman ini lahir semasa saya kesunyian di Adelaide, asalnya bersifat peribadi dan anggapan saya, umum payah mendapat faedah langsung daripadanya. Itu sebab utama saya menguncinya untuk diri sendiri. Awal tahun ini, saya memilih untuk membukanya kepada seseorang yang telah Allah takdirkan sebagai jodoh saya hari ini, alhamdulillah. Cubaan pertama untuk menjadi manusia yang terbuka - sekurang-kurangnya dengan orang yang akan saya kongsi hidup bersama.

Walaupun memilik laman sendiri, saya lebih teruja mengikuti laman-laman saudara saya yang begitu istiqamah menulis. Bila lama tidak membaca 'updates' dari mereka, terasa benar jauhnya saya dari keluarga dan saudara. Rupanya tulisan dan gambar-gambar kiriman mereka adalah pengubat rindu - mereka mungkin tidak sedar besarnya kesan tulisan tersebut.

Saya telah memula langkah pertama untuk fasa kehidupan yang baru, Alhamdulillah. Saya berazam menjadi manusia yang lebih baik, insyaAllah. Saya mahu memberi faedah kepada yang lain.

Saya buka laman ini untuk umum.

Semoga pengkongsian pengalaman dan ilham yang seterusnya dapat memberi manfaat dan mengeratkan ukhuwah persaudaraan, dengan izin Allah.

Bila dia bersedih

Rasa mahu membuat segala
Mencuba semua
Menyebut kata
Mahu diam
Mahu faham
Mahu menunjuk sayang


Bila dia bersedih


Lalu ku sedar
Betapa aku menyayangi ceria semangatnya
Senyumnya
Tawa
Gurauannya
Keyakinannya pada hidup


Moga cepat sembuh

Giving up

I like to write for publication. The publication gives me a sustainably high level of self esteem and confidence, plus appropriate recognition to the job too. This is one of my many cases of writing. Only this case does not give me a sense of satisfaction or pleasant feeling - up to this time.

I have been writing this paper with a sour feeling and a great difficulty. The feeling is most likely due to a belief that I am forced to write, I am not fairly treated and this particular person is simply taking full advantage on me - as he did last time. This is my own belief, anyway.

I finally get the paper done last night and reviewed it this morning. It took all my day, only to found out that the website where the paper should be sent cannot be accessed. Ideally, I should have completed all the processes myself, writing, editing, formatting, sending for publication, correcting, resubmitting, getting published.

Being me, I dialed and dialed the website address for about 2 hours hoping that a miracle would happen and I can get rid of this paper - with a good feeling.

But it never happened. I decided to give up now - I don't want to see it anymore. I am giving up the unpleasant and uncomfortable feeling.

I may not the ideal me this time - one who always get things done once I started.

But, giving up from the unpleasant and uncomfortable feeling is the other part of being an 'ideal' normal person, I suppose.

So, I emailed the below

Attached is the completed paper. I cut it and re-write it according to the requirements of the Asian Journal of Psychiatry.Do read and edit the paper. As you want to be the corresponding author - you better register and submit the paper online using your own ID so that they can contact you directly from now on. Would appreciate if you let me know if the paper is accepted.


And I texted the below:

"The paper is ready, formatted and written according to the requirements. Please sent it online to Asian Journal of Psychiatry as a corresponding author"


No salutation.
No good wishes
No thank you.

and the messages are to a Professor.

I know quite definitely he can sense that I am not happy with him

I will only be this rude when I feel people are just being too much
everything feels so wrong

Pelajaran kecil dari si kecil

Pagi ini saya mengotakan janji untuk bertemu adik Izar. Izar adik yang istimewa. Dia telah selesai rawatan AML setahun lalu, tapi masih berkampung di 6U - hampir 10 bulan. Meski tamat rawatan, terdapat jangkitan kuman dalam hati yang tidak membenar adik ini pulang, walau untuk beraya. Bosan, kecewa, marah itu lah perasaan adik berusia 12 tahun yang bercita-cita menjadi polis ini.

Izar pesakit pilihan. Jarang sekali menunjuk lagak dan emosi sukar bila bersama saya. Selalu saja responsif dan bekerjasama. Pesakit mudah.

Hakikatnya, rupanya saya melihat separuh Izar. Melalui nota rawatan hospital, saya mengetahui Izar amat payah dipujuk. Kadang-kadang menangis dan mengamuk bila diberi rawatan, terutama suntikan. Terkini, Izar manolak untuk dibuat suntikan kekal, supaya mudah diberi ubat melalui 'line' suntikan. Lalu seorang jururawat meminta saya 'membuat kaunseling' tentang masalah itu.

Jadi pagi ini, pertemuan saya bermisi. Saya bermula dangan mencari maklumat samada Izar tahu mengapa 'line' diperlukan dan apa yang betul-betul menghalang dia dari mendapatkannya. Reaksi Izar sangat tidak menyenangkan, namun dia cuba juga melayan soalan saya. Mungkin terlampau benar gesaan saya, tiba-tiba Izar menangis sambil menutup mukanya dengan tangan. Terkejut. Tangisannya dapat saya baca kerana kecewa dan marah digesa begitu, bercampur malu kerana pertama kali menangis mungkin dihadapan saya.

Lalu saya berhenti - mungkin hati saya terlalu jauh dengan rasa sebenar adik ini.

"Apa nama sekolah Izar, mari kita google dalam internet".....

From the other part of him

Sunday, October 25, 2009

azizah

To my dearest fiance, Azizah..

This is the girl, that i sold my soul to, that i would do anyhing to make her smile, for her heart never i break, for her trust never i breach..

This is the girl, with her heart that is so tender, give her service to other, in my eyes she is so splendour, great role she play in great love of our..

This is the girl, that never give me any headache, but cure for some of it, not because psychologyst she is, but her natural and i loving it.

This is the girl, that even if i may wanting a top model to be with, but i could never love someone else as much as with this girl i did, that reason alone wipe all my sinisters wish..

This is the girl, that i want to spend the rest of my life with, have a great family and a lot of kids, financially free and never-have-to-work-as-hard-as-before life it is..

Mencapai bahagia

Saya sering saja diminta bercakap sana-sini tentang cara menangani tekanan, mencapai bahagia. Lalu saya berkongsi sedikit ilmu dipinjamkan Allah - bercerita tentang mengenalpasti punca tekanan, kemudian langkah-langkah yang banyak untuk menghadapinya. Saya bercakap melalui teori jiwa kajian manusia. Jauh di sudut hati, saya sebenarnya percaya, bukanlah langkah-langkah itu jawapannya. Langkah-langkah itu sebaliknya adalah manifestasi usaha - hamba yang meminta rahmat Allah - agar diberi kembali ketenangan dan kebahagian yang hilang atau menipis.

Jawapan bahagia dan ketenangan hanya dari Allah. Diletak Allah ke dalam hati. Lalu hati dengan bantuan aqal menterjemah rasa - bahagia dan tenang bertolak dari rasa cukup, redha, dan syukur dengan apa yang diberi Allah.

Saya sebenarnya mencuba untuk menterjemah perasaan saya sekarang. Ini cubaan kedua. Dan saya belum dapat meluahkan dengan sempurna.

Belum lagi.

Rasa itu terlalu besar rupanya.

Sungguh



Sungguh
Saya kehabisan kata

Cuma rasa yang nyata
Hati memerah
Jantung berdegup getar
Bibir melayar senyum lebar

Lalu rasional saya meningkah
Alhamdulillah
Moga Allah mengatur ni'kmah ini dengan rahmah

Sungguh
Saya kehabisan kata