Azam Baru I



LINUS Outreach Screening @ Pasir Putih (Image is irrelevant)
"Ya, saya ada masa untuk perkara itu"
"Saya tidak sibuk"
"Ya, saya akan penuhi undangan tersebut"
"Boleh"
"Ya, terima kasih atas rujukan"
"Baik, saya terima cabaran ini"
"Sudah pasti!"
"Saya lapang hari ini"
"Boleh saja, apa salahnya"
"Ya, dialu-alukan"
"Alhamdulillah, Allah beri peluang saya melaksanakan tanggungjawab ini"
"Sudah tentu!"
"Pasti boleh, datang jumpa saya sekarang juga"
"Saya akan berjumpanya sekarang"
"Alhamdulillah"


Whilst being assertive and saying no without feeling guilty is a good skill to master, using it as an excuse to escape is not.

It does not feel good inside to say  "I know this is good, but I don't have time to do it"
It feels even hurt inside to hear comments like "Dr Azizah tu memang sangat busy".

Professor Zabidi Azhar Hussin once mentioned in his all-the-time outstanding talk

"Masa itu rezeki daripada Allah, secara luaran- diberi sama rata kepada semua, namun mohonlah diberi kelapangan dan keluasan dalam rezeki bernama masa ini"

So, my du'a now will go like this:

Ya Allah yang Maha Kaya, luas dan lapangkan lah masaku, agar mampu aku mendapat rezeki yang halal dan dirahmatiMu, agar aku mampu menjawab tanyaMu diakhirat kelak - bagaimana rezeki ilmuku ini diamal dan dimanfaatkan, agar aku lebih hampir padaMu, agar ramai lagi boleh meneladani dan memahami, dan seterusnya mendekatiMu jua. Perkenankan lah Ya Allah. 


Putih dan polos

Alhamdulillah

Pagi ini saya meminta En Azeli PAR di Jabatan untuk membawakan 50 naskhah Modul Psikologi daripada Jabatan Perubatan Masyarakat ke pejabat saya. Ya, modul pertama yang diusahakan sejak 2 tahun sudah telah berjaya diterbit dan selesai dicetak minggu sudah. Terasa puas  dapat membeleknya, Alhamdulillah


Sederhana saja sifatnya - kecil, putih dan polos

Modul Psikologi bertujuan menjadi bahan rujukan untuk guru-guru di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Penerbitannya seiring dengan program pendidikan kemasyarakatan menyeluruh dibawah geran kajian universiti (RU) "Sustainable Optimal Services for Disabled in Kelantan" diketuai pakar perubatan masyarakat, Dr Azriani A Rahman. Bengkel 5 hari di Kampus Kesihatan USM diketuai dua pengarang telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan langsung kepada guru-guru PDK sekitar Kelantan mengenai penggunaan kaedah psikologi bagi menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kanak-kanak kurang upaya. Moga usaha yang sedikit ini diberkati Allah dan memberi manfaat kepada Ummah. 


'Model Rabiatul Adawiyah' menunjukkan cara menegangkan otot lengan dan tangan
Adat cubaan  pertama, ada beberapa perkara asas yang tidak memuaskan hati. Namun melalui kekurangan yang ada, muncul pula idea dan peluang untuk menerbit dan mencetak makalah sisipan bersama - mungkin kelak dinamakan Lampiran Kerja Modul Psikologi lantaran wang penerbitan yang masih berbaki.



"Iman, jika membaca entri ini, tolong dapatkan saya alamat anda berenam, terima kasih"
 
Saya berniat menghadiahkan naskhah ini kepada 6 pelajar yang terlibat sama dalam penulisan awal modul ini, semasa mereka menjalani praktikum disini, sekitar dua tahun lepas. Nurul Iman, Rusila, Intan Suraya, Siti Aminah, Maheran dan Norshazwani, saya perlu dapatkan alamat kalian. 



Terima kasih


Dirakam dengan DSLR Olympus milik Haslina Othman yang  mungkin sekarang duduknya dibawah katil dibiliknya

terima kasih
bersusah meredah sesak jalan sempit yang panjang dari senja hingga ke pagi
untuk bertemu cuma sehari


terima kasih
memberi izin kerjaya yang satu
walau harganya pulang petangmu tiada menunggu

terima kasih
tidak merungut pada masakan yang jarang-jarang sekali dihidang
resepi serupa sebelah jari boleh dibilang

terima kasih
menambah kekurangan, membaiki kelemahan
"kain berbunga kecil ini memang menawan....untuk tok wan - tok wan"
"corak abstrak menegak itu juga sesuai... bagai roket terbang ke bulan"

terima kasih
tidak berhenti membaiki diri
bangun segera bila diuji 

terima kasih
jarang sekali berkeluh kesah
walau rungutanku ada ketika tiada munasabah

terima kasih
pada cahaya yang belum mahu tiba
tidak pula  bertanya-tanya
walau diasak harap mereka

terima kasih
2 tahun 5 bulan 19 hari terasa singkat
kasihmu belum puas ku kecap

terima kasih Kekasih                                                                      
atas pinjaman kasih ini
takdirkanlah kami kekal bersama di syurgaMu 


06.06.2012
Kota Bharu


 

  

Raja sehari


                                                        Cenderawasih burung yang sakti,
                                                        Singgah hinggap diatas karang,
                                                          Kasih berputik didalam hati,
                                                        Dari dahulu sampai sekarang.

"Tangkapan' pertama menggunakan NOKIA E5 yang saya perkecilkan kebolehannya. Boleh tahan.

Pengantin dan ibu lebih bersedia kali ini

Jejaka yang menyanyi lagu tangkap leleh dengan sangat merdu ini rupa-rupanya bekas protege Mas Idayu dalam rancangan MENTOL (disebut begini oleh kedua-dua ibu dan ibu mertua saya)

Buat sahabat dan adinda Dr Surini Yusoff, Pakar Genetik di Jabatan Pediatrik USM, selamat menempuh alam rumahtangga yang hebat. Moga dibekalkan Allah dengan hikmah, ketaatan, kesabaran dan kebahagiaan sepanjang perjalanan sampai ke syurga.

Cuba kembali

Terlalu lama saya meninggalkan ruangan ini. Ada beberapa janji yang belum saya tepati. Maaf, saya tiada alasan untuk itu, semuanya kerana kekurangan diri.  InsyaAllah, akan saya usahakan.

Everything, except this

At times
I can not help but to ask (i.e. feel)
(Why) is it for everyone, except me

Running around and around to answer (i.e. heal)

I finally arrive here:

(Because) every other things are mine, except this.

Smile.

Riang Ria Rabu goes online!!!

My (free) personal IT consultant is in town. I am in the office waiting for my scheduled patients - no one turns up. So, this is it! My Riang Ria Rabu forms are now online. The forms are downloaded via Google document. This is for the volunteers of Riang Ria Rabu - easier access to the forms.

These are the forms:
  1. Borang Keizinan
  2. Borang Kehadiran Sukarelawan
  3. Borang Aktiviti
These forms can also be downloaded from "Riang Ria Rabu" panel on the right.

Happy Birthday my dear sister

She knows just where I dream to go
Remember where I have been
Accepts me just the way I am
But never allow me to be less than I can
And we are truly friends

I am always the most important
Though it means she will be the second
My joy remains the goal
Whilst hers is sometimes withhold

She will always there for me
No matter what or when
And every time I am with her
It feels like having my mom again

My dear sister
You are the magic of my life
For all moments that we’ve had
I could never thank you enough
Only Allah could pay it right

You definitely deserve the most beautiful life
Have a great birthday!

Wearing a Raya 'uniform' is one of our many sisterhood rituals (Eid Fitr 2008)

Specific learning disabilities - modes of intervention

Diari separuh hari

1 Januari 2011 - Sabtu

Dirumah ibu mertua saya di Kuala Selangor. Kecuali saya dan Atul (anak saudara berumur 5 tahun) semua yang lain telah keluar 'rewang' (menolong) sejak pagi lagi ke rumah 'orang kaya' di blok A - rumah besar cuma seberang jalan rumah ibu mertua saya - ada kenduri kahwin pernikahan anaknya yang bekerja kapal dengan pasangannya yang bekerja di UPM. Ibu mertua saya adalah ketua masak. Suami dan bapa saudara saya adalah ahli rewang. Semuanya 'rewang' sepanjang hari sejak hari Jumaat lagi. Pulang ke rumah untuk solat Zuhur dan Asar sahaja. Begitu adat masyarakat Jawa - kenduri kahwin berlangsung hampir 3 hari dan acara memasaknya juga memakan masa yang sama. Kasihan juga melihat ibu mertua saya yang kelihatan letih bila pulang ke rumah hampir Maghrib setiap hari. Oh ya, saya dikecualikan dari rewang  - demam belum kebah sejak 3 minggu lalu. Selsema dan sakit kepala juga belum hilang-hilang. Atul pula tidak perlu pergi untuk meneman Achik Jijah. Hahaha...

Selesai kerja-kerja rumah yang sedikit. Cuci pinggan, menyapu dan mengemas bilik. Ada 2 bakul baju yang perlu dilipat. Baju didalam mesin basuh perlu disidai. Rasanya tidak perlu memasak, mungkin ada 'berkat' (nasi dan lauk) rumah kenduri tengah hari nanti atau saya sendiri perlu pergi 'becek' (makan kenduri sambil hulur)  dirumah yang sama. Ada sedikit perkara perlu diselesai dengan pelajar yang akan buat pembentangan kes pada hari Isnin, justeru saya 'online'. 'Akibatnya' saya leka membaca kiriman terkini saudara-saudara saya di blog dan terpanggil untuk menulis.

Payah juga menulis dirumah. Ada gangguan kecil yang memanjangkan masa menulis. Atul mahu dibuat susu untuk kali kedua pagi ini. Sedar permintaannya sedikit tidak rasional, dia mencari botolnya sendiri dan cuba mencucinya, sebelum membuat permintaan. kedua. Kemudian senyap-senyap dia bermain bedak yang dicampur dengan air kemudian menyapu penuh cermin dan meja solek dengannya. Botol bedak, sikat, dan hampir semua benda dimeja solek sekarang diselaputi bedak air. Saya perlu mempraktik kaedah Stop Think Do (STD) for parents yang selalu saya cadangkan kepada ibu yang datang ke klinik. Dengan suara yang terkawal, saya bertanya apa yang dibuatnya. Kemudian saya beritahu kemungkinan yang akan diterima jika tidak mencucinya sebelum nenek pulang. Kemudian saya beritahu cara untuk mencucinya. Sekarang, saya biarkan dia bermain dulu, sekejap lagi saya akan mengajarnya untuk mencuci pula.

Saya sedang cuba menyambung menulis bila kawan Atul Icha dan Ika datang ajak 'becek' ke rumah kenduri. Rancangan tergendala lagi. Atul berminat mahu mengikut tapi belum mencuci mainannya dan belum mandi. Lagi teknik STD perlu dibuat - problem solving. Dia mahu saya mencucinya dan mula merengek-rengek bila tidak berjumpa kain lap. Saya mencarikan kain lap dan perhatikan caranya mencuci. Perlahan-lahan saya mengajar Atul bila dia mula merengek lagi bila bedak-bedak itu masih masih ada. Kemudian saya menyiapkan cucian dan menyuruhnya membuat kerja yang lebih senang - cuci sikat-sikat dan semua benda yang penuh dengan bedak. Ika yang sibuk-sibuk memanggil Atul untuk tunjukkan cara menggunakan komputer mainanya saya minta tunggu hingga Atul siapkan kerjanya. Kemudian saya minta Atul mandi dan saya carikan bajunya. Icha yang menjerit-jerit minta cepat bersiap saya minta tunggu lagi. Selesai mandi tapi tidak gosok gigi. Merengek lagi kerana mahu cepat. Saya bawa Atul masuk semula dan temankan dia gosok gigi. Masih banyak masa untuk 'becek' dan Achik dah minta Icha tunggu, kata saya. Selesai. Berpakaian, sikat rambut dan Atul sedia untuk becek dengan kawan-kawannya.

Saya menghantar mereka ke depan dengan pesan untuk mencari nenek atau Achik Didi nya bila sampai. Kebetulan diluar rumah, cepat-cepat saya menyidai satu bakul baju. Cepat-cepat masuk untuk menulis lagi. Terpandang kelibat orang diluar, alamak, suami saya sudah pulang dari rewang.

Tamat.

p.s. Saya sebenarnya mahu menulis tentang 2010 - tapi saya perlu masih yang lebih untuk itu, kemudian.