Bulan Kedua

Esok genap 2 bulan saya bertugas di USM. Kerja begitu-begitu saja - tekad menukar giliran klinik dan menambah satu lagi referral 'port'; akan mula mengajar seminggu lagi sedang bahan belum langsung ada bayangnya; penyelidikan langsung terbantut akibat beban kerja harian yang tak selesai.

Allah memberi banyak kemudahan alhamdulillah. Menyewa murah di Pasir Tumbuh; bilik dilengkap perabot 'second-hand' bayaran ansur; kelmarin si dia yang ditunggu MyVi Medallion Gray menyusup megah diperkarangan rumah.

Hati? Seminggu dua ini penuh dengan cerita lara sahabat dekat jauh. Hati aku - berputik bunga - yang entah apa penghujungnya belum tahu.

DBJ 2848

Alhamdulillah, akhirnya si dia berada di hadapan rumah sekarang. Berkongsi syukur dengan ramai yang rata-rata memberi pelbagai bentuk nasihat, tips, panduan, 'to do and not to do things' - semuanya dibaca dengan makna sokongan, perhatian dan kasih sayang. Bertuahnya hidup dilimpah kasih sayang, Alhamdulillah.

Bersolat hajat mohon diberi keyakinan, kemahiran dan keselamatan selama bersama si dia ini.

"Achik dah habiskan duit? Achik perlu berlatih...; warna merah maksudnya brek, warna hijau boleh teruskan, dan warna kuning untuk bersedia"

Cubaan pertama saya beroleh C --.