Cahaya

Hampir 18 bulan yang lalu, pada tarikh 1 Jun 2013, saya dianugerah Allah seorang permata hati. Nurul Ilham Muhammad Junaidi hadir  menambah manis, asam dan garam dalam kehidupan saya. 

Sungguh 'kerjaya' sebagai ibu itu istimewa. Ia bersifat tetap, sentiasa, dan hampir tiada ruang untuk kesilapan. Tiada manual kerja, tiada latihan sebelum perkhidmatan, tiada staf sokongan, tiada  cuti, atau ganjaran tetap bulanan. Yang ada adalah jangkaan kendiri, dan luaran, "anda mesti menjadi ibu yang paling baik" dan "cuma anak yang baik, akan disayangi ramai". Besar jangkaan ini - sedang 'baik' itu sangat subjektif.

Terlalu banyak pelajaran yang dikutip melaluinya dan terlalu besar pertolongan Allah datangkan bersamanya, Alhamdulillah.

Walau telah lama saya sangat mahu menulis mengenai cahaya yang satu ini, limitasi diri tidak mengizinkannya. Nurul Ilham mengelilingi persekitaran hidup saya - sekurang-kurangnya sehingga hari ini. Masa tanpa dia adalah harta, yang perlu saya bahagi  sebijak mungkin, dan melaksanakan semua keperluan dan tuntutan lain. Untuk itu, saya mohon berbanyak maaf - saya sedar, banyak tuntutan dan hak yang gagal saya penuhi dengan sempurna.

Sebelum 2014 melabuhkan tirainya, saya berhajat 'menyimpan' kenangan cahaya ini disini. Semoga Nurul Ilham terus membesar sempurna menjadi anak solehah. 


1 month

2-months
3-months

4-months


5-months

6-months

7-months

8-months

9-months

10-months

11-months

12-months


13-months

14-months

15-months

16-months

17-months

18-months
Telah hampir setahun setengah Allah meminjamkan cahaya ini kepada kami. Alhamdulillah. Moga kami terus diberikan kebaikan dunia dan akhirat.

Anakanda



Gambar ikhsan http://hboplace.blogspot.com

Kehadapan anakanda yang disayangi,

tulisan ini bermaksud menyatakan rasa hati
terpendam beberapa lama
tidak mampu lagi tersimpan

kami cuba bercerita
setelah terlalu lama kita berdiam
dan hati kita menjauh
walau zahir kita bersama

sebenarnya kami khuatir.
tingkahmu seakan mengalah.
pada takdir yang belum sudah.

sebenarnya kami bimbang
lakumu seakan sumbang
hari-hari mu tidak lagi seimbang

sebenarnya kami bersedih
pada kusut dan perit

sebenarnya kami cuba.
tetapi gagal menelah punca
lalu biarlah kami menduga
kalau-kalau ada kebenaran pada keadaan

kalau takdir yang dulu masih didendam
maaf
moga Allah mengampuni khilaf kami
kesal
lalu kami amat mahu membaiki hari ini

kalau percaturan hari ini menjadi beban
tabah lah anak
kami masih ingat semangat mu yang kuat dulu
usaha lagi
Janji Allah itu pasti

sebenarnya kami buntu
tidak pasti untuk membantu
atau terus diam
melihat saja
waktu yang berharga 
berlalu begitu sahaja

kami mengharap amat, anak
kembalilah
Allah Maha Menolong hambaNya yang meminta


"Selamat Hari Lahir. Umi doakan yang baik-baik sahaja"


 

Belum lama




27.12.2009 - Bukit Badong

Hampir 5 tahun saya mengenal dia
Belum lama
Belum puas bersamanya

Seperti baru semalam
… mendengar tanyanya “Would you like to spend the rest of your life with me?”
… mengagumi azamnya memenuh impi
…menikmati meriah Raja Sehari
… memadu janji suami-isteri

Seperti baru semalam
… berkongsi airmata mengiring malam yang gundah
… menyaksi senyum syukur lewat operasi yang panjang
… ditatang belai bagai minyak tak tumpah
… terus menyemai percaya dan sayang

Seperti baru semalam
… mendengar berita  pasca-bedah
… terpana kami dengan kuasa Allah yang benar
… bertekad untuk sambung berjuang
… berkongsi usaha untuk menang
… redha kami lalu pada ketentuan

Seperti baru semalam
… mendengar sebak sayu laungan azan
… untuk cahaya permata hatinya
…melihat dalam matanya - kepuasan yang amat
… menyaksi kesungguhannya – menjadi ayah yang hebat

Seperti baru semalam
… dia terus-menerus memberi kekuatan
…memayung kami dengan perhatian
… bersabar dia dengan segala yang kurang
… dia membukti kasih sayang
… bertahan dia dengan segala ketidakpastian

Hampir 5 tahun saya mengenal dia
Belum lama
Belum puas bersamanya

Moga Allah memberkati perhubungan ini.

Perhargaan ini sempena ulangtahun kelahirannya pada 10 Mac.
p.s. Selamat hari lahir, abang. Maaf, sering sahaja sibuk-sibuk kebelakangan ini.

Kuat


 http://3.bp.blogspot.com/-AqaOWSblkoU/TxWkFNs6oZI/AAAAAAAABD0/QnD0usQBzGw/s1600/strong-too-long.jpg

Menjadi kuat kadang-kadang melemahkan - melemaskan malah
Lalu dia memilih untuk lemah
Dan dalam kerangka kelemahan
Dia mengasah  kekuatan yang menumpul

Syukran Ya Allah.

Ingatan

Moga pedih yang sedikit diberi Allah ini menjadi ingatan kepada diri yang lupa.

Untuk kepedihan ini, Allah mengingatkan:

- tentang persoalan hati adalah hakNya jua - siapalah saya untuk membuat penilaian, apa lagi sibuk bertanya mengapa begini dan begitu.

- tentang kenikmatan yang terlalu banyak dikurnia Allah sehingga sebahagiannya berlalu begitu sahaja tanpa sempat mensyukurinya - betapa saya lalai untuk berterima kasih.

- tentang keadaan mengizinkan diri menjadi kurang daripada biasa atas alasan dangkal kekangan kesihatan - siapa saya yang layak memberi justifikasi hak sendiri sentiasa melebihi mereka.

Untuk kepedihan ini, Ya Allah, ampunkan lah dosa-dosa hambaMu ini.

Berikanlah kekuatan untuk menjadi hambaMu yang lebih bertaqwa.


It feels this way - or worse



La Tahzan, Innallaha ma'ana

Azam Baru I



LINUS Outreach Screening @ Pasir Putih (Image is irrelevant)
"Ya, saya ada masa untuk perkara itu"
"Saya tidak sibuk"
"Ya, saya akan penuhi undangan tersebut"
"Boleh"
"Ya, terima kasih atas rujukan"
"Baik, saya terima cabaran ini"
"Sudah pasti!"
"Saya lapang hari ini"
"Boleh saja, apa salahnya"
"Ya, dialu-alukan"
"Alhamdulillah, Allah beri peluang saya melaksanakan tanggungjawab ini"
"Sudah tentu!"
"Pasti boleh, datang jumpa saya sekarang juga"
"Saya akan berjumpanya sekarang"
"Alhamdulillah"


Whilst being assertive and saying no without feeling guilty is a good skill to master, using it as an excuse to escape is not.

It does not feel good inside to say  "I know this is good, but I don't have time to do it"
It feels even hurt inside to hear comments like "Dr Azizah tu memang sangat busy".

Professor Zabidi Azhar Hussin once mentioned in his all-the-time outstanding talk

"Masa itu rezeki daripada Allah, secara luaran- diberi sama rata kepada semua, namun mohonlah diberi kelapangan dan keluasan dalam rezeki bernama masa ini"

So, my du'a now will go like this:

Ya Allah yang Maha Kaya, luas dan lapangkan lah masaku, agar mampu aku mendapat rezeki yang halal dan dirahmatiMu, agar aku mampu menjawab tanyaMu diakhirat kelak - bagaimana rezeki ilmuku ini diamal dan dimanfaatkan, agar aku lebih hampir padaMu, agar ramai lagi boleh meneladani dan memahami, dan seterusnya mendekatiMu jua. Perkenankan lah Ya Allah. 


Putih dan polos

Alhamdulillah

Pagi ini saya meminta En Azeli PAR di Jabatan untuk membawakan 50 naskhah Modul Psikologi daripada Jabatan Perubatan Masyarakat ke pejabat saya. Ya, modul pertama yang diusahakan sejak 2 tahun sudah telah berjaya diterbit dan selesai dicetak minggu sudah. Terasa puas  dapat membeleknya, Alhamdulillah


Sederhana saja sifatnya - kecil, putih dan polos

Modul Psikologi bertujuan menjadi bahan rujukan untuk guru-guru di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Penerbitannya seiring dengan program pendidikan kemasyarakatan menyeluruh dibawah geran kajian universiti (RU) "Sustainable Optimal Services for Disabled in Kelantan" diketuai pakar perubatan masyarakat, Dr Azriani A Rahman. Bengkel 5 hari di Kampus Kesihatan USM diketuai dua pengarang telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan langsung kepada guru-guru PDK sekitar Kelantan mengenai penggunaan kaedah psikologi bagi menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kanak-kanak kurang upaya. Moga usaha yang sedikit ini diberkati Allah dan memberi manfaat kepada Ummah. 


'Model Rabiatul Adawiyah' menunjukkan cara menegangkan otot lengan dan tangan
Adat cubaan  pertama, ada beberapa perkara asas yang tidak memuaskan hati. Namun melalui kekurangan yang ada, muncul pula idea dan peluang untuk menerbit dan mencetak makalah sisipan bersama - mungkin kelak dinamakan Lampiran Kerja Modul Psikologi lantaran wang penerbitan yang masih berbaki.



"Iman, jika membaca entri ini, tolong dapatkan saya alamat anda berenam, terima kasih"
 
Saya berniat menghadiahkan naskhah ini kepada 6 pelajar yang terlibat sama dalam penulisan awal modul ini, semasa mereka menjalani praktikum disini, sekitar dua tahun lepas. Nurul Iman, Rusila, Intan Suraya, Siti Aminah, Maheran dan Norshazwani, saya perlu dapatkan alamat kalian. 



Terima kasih


Dirakam dengan DSLR Olympus milik Haslina Othman yang  mungkin sekarang duduknya dibawah katil dibiliknya

terima kasih
bersusah meredah sesak jalan sempit yang panjang dari senja hingga ke pagi
untuk bertemu cuma sehari


terima kasih
memberi izin kerjaya yang satu
walau harganya pulang petangmu tiada menunggu

terima kasih
tidak merungut pada masakan yang jarang-jarang sekali dihidang
resepi serupa sebelah jari boleh dibilang

terima kasih
menambah kekurangan, membaiki kelemahan
"kain berbunga kecil ini memang menawan....untuk tok wan - tok wan"
"corak abstrak menegak itu juga sesuai... bagai roket terbang ke bulan"

terima kasih
tidak berhenti membaiki diri
bangun segera bila diuji 

terima kasih
jarang sekali berkeluh kesah
walau rungutanku ada ketika tiada munasabah

terima kasih
pada cahaya yang belum mahu tiba
tidak pula  bertanya-tanya
walau diasak harap mereka

terima kasih
2 tahun 5 bulan 19 hari terasa singkat
kasihmu belum puas ku kecap

terima kasih Kekasih                                                                      
atas pinjaman kasih ini
takdirkanlah kami kekal bersama di syurgaMu 


06.06.2012
Kota Bharu


 

  

Raja sehari


                                                        Cenderawasih burung yang sakti,
                                                        Singgah hinggap diatas karang,
                                                          Kasih berputik didalam hati,
                                                        Dari dahulu sampai sekarang.

"Tangkapan' pertama menggunakan NOKIA E5 yang saya perkecilkan kebolehannya. Boleh tahan.

Pengantin dan ibu lebih bersedia kali ini

Jejaka yang menyanyi lagu tangkap leleh dengan sangat merdu ini rupa-rupanya bekas protege Mas Idayu dalam rancangan MENTOL (disebut begini oleh kedua-dua ibu dan ibu mertua saya)

Buat sahabat dan adinda Dr Surini Yusoff, Pakar Genetik di Jabatan Pediatrik USM, selamat menempuh alam rumahtangga yang hebat. Moga dibekalkan Allah dengan hikmah, ketaatan, kesabaran dan kebahagiaan sepanjang perjalanan sampai ke syurga.