Experience Calendar

 Aktiviti ini dinamakan Kalendar Pengalaman. 

Ia sangat dekat dengan latihan CBT Daily Thought Record cuma berbeza:

i) Ia meminta kita menulis dengan terperinci kesan PENGALAMAN MANIS kepada tubuh badan, emosi, pemikiran dan tindakan (Sesi 4 kelak meminta pengalaman pahit untuk diteroka). CBT selalu dan kebanyakan masa bermula dengan peristiwa bermasalah untuk diteroka. 

ii) Selepas menulis pengalaman manis (antecedent) kita diminta menulis kesan fisiologi - sebagai reaksi pertama yang kita perlu rasai dan amati, baru lah diikuti emosi, pemikiran, dan tindakan. Kaedah ini bertujuan melatih kita 'anchor - paksikan daya tumpuan, ketarasedar, dan khusyu' dan fokus kepada tubuh badan. Rationalnya kerana tubuh badan yang merasa, nafas yang disela, dan perut yang tidak selesa contohnya - tidak 'menipu' masa - ia berlaku sekarang, bukan dulu, bukan akan datang. Present and Now.  Ini 'sedikit' berbeza dengan CBT yang  meletakkan pemikiran sebagai faktor utama mempengaruhi emosi dan tindakan seterusnya. Keduanya betul dan tidak bersalahan. Mindfulness dan CBT mempunyai MATLAMAT berbeza. Nikmatnya menikmati perbezaan 'outcome' ini. 

iii) Ia nampaknya tidak bermaksud menganalisa apa yang diteroka, tapi cukup menyedari - sedar, mengetahui - tahu, dan mungkin mengenali - kenal dengan apa yang berlaku TERUTAMA tindakbalas fisiologi. 

Dan sefaham saya sehingga kini, - ia belum lagi menyuruh kita berbuat apa-apa dengan penelitian tersebut tetapi ia meminta, atau mempelawa (Sue menyebut sebagai "I would now invite you to look into this ...") - betapa ramahnya.. kita untuk menerimanya dengan berlapang dada. Ramah bukan, keadah ini? Contohnya: 

Saya dapati, rasai didalam dada sebelah kiri badan saya satu beban yang sangat berat, seperti dada saya dihuni satu bongkah batu bata yang besar, penuh, berat bersegi bentuknya sedang menekan-nekan dada saya, memenuhinya, sehingga seperti tiada ruang untuk saya bernafas, memenuhi ruang dada saya. 

Ini sangat hampir dengan aktivti "Doing what matters in time of stress" yang saya baru selesai terjemahkan dan hantar semula kepada WHO. 



0 comments: