Gambar ikhsan http://hboplace.blogspot.com |
Kehadapan anakanda yang disayangi,
tulisan ini bermaksud menyatakan rasa hati
terpendam beberapa lama
tidak mampu lagi tersimpan
kami cuba bercerita
setelah terlalu lama kita berdiam
dan hati kita menjauh
walau zahir kita bersama
sebenarnya kami khuatir.
tingkahmu seakan mengalah.
pada takdir yang belum sudah.
sebenarnya kami bimbang
lakumu seakan sumbang
hari-hari mu tidak lagi seimbang
sebenarnya kami bersedih
pada kusut dan perit
sebenarnya kami cuba.
tetapi gagal menelah punca
lalu biarlah kami menduga
kalau-kalau ada kebenaran pada keadaan
kalau takdir yang
dulu masih didendam
maaf
moga Allah
mengampuni khilaf kami
kesal
lalu kami amat
mahu membaiki hari ini
kalau percaturan
hari ini menjadi beban
tabah lah anak
kami masih ingat
semangat mu yang kuat dulu
usaha lagi
Janji Allah itu pasti
sebenarnya kami buntu
tidak pasti untuk membantu
atau terus diam
melihat saja
waktu yang berharga
berlalu begitu sahaja
kami mengharap amat, anak
kembalilah
Allah Maha Menolong hambaNya yang meminta
"Selamat
Hari Lahir. Umi doakan yang baik-baik sahaja"