CPC January 15 2009

Client: R.R. @ Psychology Clinic
12 mins
DK 5

Few claps immediately after the presentation
1 question on 'pleasurable' activities
1 positive remarks form head department
Overall nice and interesting presentation from Mr Chairperson
A congratulations hand-shaking from 4th year MMed (Psychiatry)
An appreciation of 'your presentation just now is interesting and confidently presented la..' from a specialist
A keuy teow goreng and nescafe ice from another specialist
Overall confident-built and positive acceptance from general psychiatry community


Alhamdulillah - thank you Allah
and all who have prayed for me continuously

Kisah SKT

Saya bertemu dengan dua Ketua Jabatan dan bersemuka dengan masalah yang saya bina sendiri. Kedua menyata percaya dan yakin dengan pekerjaan sekarang dan sekaligus menafi kalau-kalau ada keperluan saya berubah posisi dimana-mana.

SKOP KERJA YANG NYATA SEKARANG:
Teaching- Undergraduate (Psychological Block)
- Post-graduate (MMed Psychiatry dan Pediatrics)
Supervision - Cari students untuk buat research
Research & Paper publication & Grant holder - Mostly important
Clinic & Ward Referral - As going now-no need to add up

JUST DO IT - NOW

Proposal

"Would you like to spend the rest of your life with me?"

Akhir 1429

Bercuti panjang sebelum bermula Muharam 1430.
Pulang ke Kuala Lumpur dan memberi Sarasehan kepada 20 anak muda tentang mengenal peribadi dan potensi diri (8.8/10). Dipandu sekitar Kuala Lumpur keesokan hari bertemu sahabat baru- satu proposal. Makan malam dengan sahabat lama dan berbual santai hari minggu menjamah roti canai. Berkumpul di Klang bersiap majlis pertunangan anak saudara sulung - alhamdulillah selamat selesai. Sempat singgah rumah baru dibeli adinda dan isteri. Berkejar ke KLCC bertemu sahabat lain - 3 jam berkongsi cerita peribadi di Secret Recipe.

Bulan Kedua

Esok genap 2 bulan saya bertugas di USM. Kerja begitu-begitu saja - tekad menukar giliran klinik dan menambah satu lagi referral 'port'; akan mula mengajar seminggu lagi sedang bahan belum langsung ada bayangnya; penyelidikan langsung terbantut akibat beban kerja harian yang tak selesai.

Allah memberi banyak kemudahan alhamdulillah. Menyewa murah di Pasir Tumbuh; bilik dilengkap perabot 'second-hand' bayaran ansur; kelmarin si dia yang ditunggu MyVi Medallion Gray menyusup megah diperkarangan rumah.

Hati? Seminggu dua ini penuh dengan cerita lara sahabat dekat jauh. Hati aku - berputik bunga - yang entah apa penghujungnya belum tahu.

DBJ 2848

Alhamdulillah, akhirnya si dia berada di hadapan rumah sekarang. Berkongsi syukur dengan ramai yang rata-rata memberi pelbagai bentuk nasihat, tips, panduan, 'to do and not to do things' - semuanya dibaca dengan makna sokongan, perhatian dan kasih sayang. Bertuahnya hidup dilimpah kasih sayang, Alhamdulillah.

Bersolat hajat mohon diberi keyakinan, kemahiran dan keselamatan selama bersama si dia ini.

"Achik dah habiskan duit? Achik perlu berlatih...; warna merah maksudnya brek, warna hijau boleh teruskan, dan warna kuning untuk bersedia"

Cubaan pertama saya beroleh C --.

Kenaikan

Harta @ hutang pertama. Setelah berdedai-dedai di hampir 6 buah kedai kereta selama 2 minggu, akhirnya hari ini saya bertekad berhenti dan membuat kata putus. New MyVi Premium Medallion Grey Edaraan PERODOA pilihan hati - RM 49 700. Down payment RM 5000 - bakal diambil dari elaun tamat pengajian berbaki dan gaji separuh bulan pertama. Syukur tidak perlu berpayah membuat tukaran wang, tidak juga perlu meminjam ibu yang sedia mendahulu simpanannya.

Sebenarnya perkara pertama hari ini adalah temuduga jawatan tetap pensyarah universiti. "I am expecting you to serve all referrals from the entire hospital - you are hospital's psychologist - not neccesarily belonged to one particular department'. What an expectation!

peluang

alhamdulillah - selain satu cerita, saya sepenuhnya dilimpahi rezeki melimpah. Ada peluang merapi skill klinikal; ada peluang mencuba kebolehan baru - berucap memberi syarahan; ada peluang menyelia pelajar ijazah lanjutan, ada peluang nanti mengajar; ada peluang menyambung kerja penyelidikan: sekarang dengan lebih tersusun dan bergeran. ALhamdulillah.

1 minggu

Hari ini genap seminggu saya bertugas (baca: datang dan pulang) di sini. Rasa berubah-ubah. Sekejap seronok, sekejap bosan. Ada masa mahu sangat menjadi orang yang serba tahu, ada masa tidak peduli. Ada waktu tenang dan damai, ada masa keletihan. Hampir setiap masa menghirup udara kedewasaan. Dunia yang terkawal, percaya diri dan yakin. Banyak masa juga mencari jalan - bagaimana saya boleh jadi lebih bahagia dan gembira. Terapi jangka singkat - seperti selalu - melawat-lawat kedai dan membeli itu ini. Cuma disini, apalah sangat untuk dibeli....

Pulang

Saya telah sampai ke tanahair. Saya telah bertemu dengan manusia-manusia yang saya tinggalkan 3 tahun 8 bulan dulu. Saya telah di rai meriah - "Tahniah Dr Azizah Othman' di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Saya telah dipandu pulang dengan NAZA Kia along oleh adinda saya bersama isterinya dan kekanda kesayangan saya pada malam itu juga.

Pagi keesokannya saya merai kemerdekaan saya - melebihi kemerdekaan ke 51 negara saya. Ada kenduri kesyukuran merai kejayaan saya melangsaikan pengajian tertinggi ini. Ada saudara-mara dan jiran yang datang dijamu ayam masak merah, sayur lemak, ikan kering dan entah apa-apa lagi. Ada hadiah-hadiah dari Adelaide yang di bahagi-bahagi buat yang terpilih. Ada juga hadiah untuk saya - sepasang kurung siap dari kakak Hafsah. Ada penyemat tudung dari kakak Siti Khadijah. Lagi sepasang kurung merah jambu sedondon tudung bawal dari Kelantan hadiah anakanda Aishah sekeluarga. Ada satu patung beruang gaya graduasi dari kakak Haslina. Ada 'sejambak' patung beruang yang pelbagai saiz hadiah anakanda Nadiah dan kekanda Anuar. Ada banyak ucap tahniah dan syukur. Lalu apa lagi mahu saya pada dunia ini. Alhamdulillah - syukur pada Allah yang mengurnia kenikmatan.

Saya berhenti sekarang. Tulisan ini kelewatan hampir 21 hari. Ada perkara besar berlaku - yang sebenar menghalang saya menulis segera; yang mencalar keghairahan cerita pulang.

Ada perkara besar. Ada perkara jiwa. Perkara diri dan percaya.