Dr Azizah

"Setiap hari bertanya kepada doktor disini, bila DA akan datang. Bila menelefon abangnya, asyik bercerita tentang kaunselor yang mempunyai nama sama dengan guru kelas kesayangannya. Cinta sangat dengan DA. Membilang hari, bila akan dapat berjumpa dengan DA lagi. Suka sangat dengan permainan DA. Tidak kisah katanya kalau murid DA tidak datang, asal DA dapat datang berjumpa dengannya. Selain doktor pakar Faisal, nama DA lah yang diingat. Doktor lain tidak ingat namanya, tidak betah juga berjumpa dan berbual. Bila lagi DA akan datang? Emaknya tidak pandai kaunseling....."


  • Mengapalah sukar benar untuk aku menjenguk sekejap, bertanya khabar kanak-kanak yang hilang kaki sebelah dan sedang berperang pula dengan kanser tulang yang ganas?
  • Ya Allah, bukakanlah hatiku menjadi belas dan ikhsan serta menunai tanggungjawab insani dengan lebih sempurna.
  • Ya Allah, cekalkan lah semangatku menjadi perawat hati yang lebih baik.
  • Anak-anak di wad 6U, maafkan Doktor yang serba kurang ini.

2 comments:

junaidi said...

insyaAllah.. u r not weak.. but can be improved.. u r not cruel. but can be more empathy.. nothing wrong with you.. but u can always be better.. if u want to.. no matter what u choose.. i'll always standing on your side..

azizah said...

thank u so much :-)