Pelajaran kecil dari si kecil

Pagi ini saya mengotakan janji untuk bertemu adik Izar. Izar adik yang istimewa. Dia telah selesai rawatan AML setahun lalu, tapi masih berkampung di 6U - hampir 10 bulan. Meski tamat rawatan, terdapat jangkitan kuman dalam hati yang tidak membenar adik ini pulang, walau untuk beraya. Bosan, kecewa, marah itu lah perasaan adik berusia 12 tahun yang bercita-cita menjadi polis ini.

Izar pesakit pilihan. Jarang sekali menunjuk lagak dan emosi sukar bila bersama saya. Selalu saja responsif dan bekerjasama. Pesakit mudah.

Hakikatnya, rupanya saya melihat separuh Izar. Melalui nota rawatan hospital, saya mengetahui Izar amat payah dipujuk. Kadang-kadang menangis dan mengamuk bila diberi rawatan, terutama suntikan. Terkini, Izar manolak untuk dibuat suntikan kekal, supaya mudah diberi ubat melalui 'line' suntikan. Lalu seorang jururawat meminta saya 'membuat kaunseling' tentang masalah itu.

Jadi pagi ini, pertemuan saya bermisi. Saya bermula dangan mencari maklumat samada Izar tahu mengapa 'line' diperlukan dan apa yang betul-betul menghalang dia dari mendapatkannya. Reaksi Izar sangat tidak menyenangkan, namun dia cuba juga melayan soalan saya. Mungkin terlampau benar gesaan saya, tiba-tiba Izar menangis sambil menutup mukanya dengan tangan. Terkejut. Tangisannya dapat saya baca kerana kecewa dan marah digesa begitu, bercampur malu kerana pertama kali menangis mungkin dihadapan saya.

Lalu saya berhenti - mungkin hati saya terlalu jauh dengan rasa sebenar adik ini.

"Apa nama sekolah Izar, mari kita google dalam internet".....

2 comments:

Unknown said...

Dr. Azizah always found a way ... always..

azizah said...

Thank you so much - I can feel your belief and support on me.

This morning can be easily seen as a failure, but I refused. There is so much to learn from this young boy - I rather consider this morning is a new learning for me instead.