Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Laman ini lahir semasa saya kesunyian di Adelaide, asalnya bersifat peribadi dan anggapan saya, umum payah mendapat faedah langsung daripadanya. Itu sebab utama saya menguncinya untuk diri sendiri. Awal tahun ini, saya memilih untuk membukanya kepada seseorang yang telah Allah takdirkan sebagai jodoh saya hari ini, alhamdulillah. Cubaan pertama untuk menjadi manusia yang terbuka - sekurang-kurangnya dengan orang yang akan saya kongsi hidup bersama.
Walaupun memilik laman sendiri, saya lebih teruja mengikuti laman-laman saudara saya yang begitu istiqamah menulis. Bila lama tidak membaca 'updates' dari mereka, terasa benar jauhnya saya dari keluarga dan saudara. Rupanya tulisan dan gambar-gambar kiriman mereka adalah pengubat rindu - mereka mungkin tidak sedar besarnya kesan tulisan tersebut.
Saya telah memula langkah pertama untuk fasa kehidupan yang baru, Alhamdulillah. Saya berazam menjadi manusia yang lebih baik, insyaAllah. Saya mahu memberi faedah kepada yang lain.
Saya buka laman ini untuk umum.
Semoga pengkongsian pengalaman dan ilham yang seterusnya dapat memberi manfaat dan mengeratkan ukhuwah persaudaraan, dengan izin Allah.
1 comments:
:D
Post a Comment