Dirakam dengan DSLR Olympus milik Haslina Othman yang mungkin sekarang duduknya dibawah katil dibiliknya |
terima kasih
bersusah meredah sesak jalan sempit yang panjang dari senja hingga ke pagi
untuk bertemu cuma sehari
terima kasih
memberi izin kerjaya yang satu
walau harganya pulang petangmu tiada menunggu
terima kasih
tidak merungut pada masakan yang jarang-jarang sekali dihidang
resepi serupa sebelah jari boleh dibilang
terima kasih
menambah kekurangan, membaiki kelemahan
"kain berbunga kecil ini memang menawan....untuk tok wan - tok wan"
"corak abstrak menegak itu juga sesuai... bagai roket terbang ke bulan"
terima kasih
tidak berhenti membaiki diri
bangun segera bila diuji
jarang sekali berkeluh kesah
walau rungutanku ada ketika tiada munasabah
terima kasih
pada cahaya yang belum mahu tiba
tidak pula bertanya-tanya
walau diasak harap mereka
terima kasih
2 tahun 5 bulan 19 hari terasa singkat
kasihmu belum puas ku kecap
atas pinjaman kasih ini
takdirkanlah kami kekal bersama di syurgaMu
06.06.2012
Kota Bharu
1 comments:
nangis nangis... isk isk...
Post a Comment