Cahaya

Hampir 18 bulan yang lalu, pada tarikh 1 Jun 2013, saya dianugerah Allah seorang permata hati. Nurul Ilham Muhammad Junaidi hadir  menambah manis, asam dan garam dalam kehidupan saya. 

Sungguh 'kerjaya' sebagai ibu itu istimewa. Ia bersifat tetap, sentiasa, dan hampir tiada ruang untuk kesilapan. Tiada manual kerja, tiada latihan sebelum perkhidmatan, tiada staf sokongan, tiada  cuti, atau ganjaran tetap bulanan. Yang ada adalah jangkaan kendiri, dan luaran, "anda mesti menjadi ibu yang paling baik" dan "cuma anak yang baik, akan disayangi ramai". Besar jangkaan ini - sedang 'baik' itu sangat subjektif.

Terlalu banyak pelajaran yang dikutip melaluinya dan terlalu besar pertolongan Allah datangkan bersamanya, Alhamdulillah.

Walau telah lama saya sangat mahu menulis mengenai cahaya yang satu ini, limitasi diri tidak mengizinkannya. Nurul Ilham mengelilingi persekitaran hidup saya - sekurang-kurangnya sehingga hari ini. Masa tanpa dia adalah harta, yang perlu saya bahagi  sebijak mungkin, dan melaksanakan semua keperluan dan tuntutan lain. Untuk itu, saya mohon berbanyak maaf - saya sedar, banyak tuntutan dan hak yang gagal saya penuhi dengan sempurna.

Sebelum 2014 melabuhkan tirainya, saya berhajat 'menyimpan' kenangan cahaya ini disini. Semoga Nurul Ilham terus membesar sempurna menjadi anak solehah. 


1 month

2-months
3-months

4-months


5-months

6-months

7-months

8-months

9-months

10-months

11-months

12-months


13-months

14-months

15-months

16-months

17-months

18-months
Telah hampir setahun setengah Allah meminjamkan cahaya ini kepada kami. Alhamdulillah. Moga kami terus diberikan kebaikan dunia dan akhirat.

0 comments: