Penceramah dan 'de facto leader' KAMY (yang saya sayang!) |
Pertama, saya begitu teruja menyaksikan 'persembahan sulung' penceramah di pentas begini. Kebetulan, saya terlibat secara dekat dan bersama sewaktu penceramah mengikuti kursus intensif Neurolinguistic Programming (NLP) sekitar April tahun ini. Kursus tersebut nyata memberi impak besar ke dalam diri penceramah dan beliau semakin yakin untuk terus mengorak langkah berbeza yang lebih besar selepas ini. Beberapa minggu sebelum sarasehan, saya asyik bertanya dan memeriksa sekiranya penceramah sudah bersedia dengan 'material' dan latihan ceramahnya. Kerap juga saya meminta penceramah 'mencuba' berceramah dihadapan saya, kelak boleh saya memberi pendapat membina. Fikir saya, semua penceramah amatur (seperti saya)memerlukan latihan, kata-kata sokongan dan pendapat. Nyata, cara kami 'berusaha' sedikit berbeza. Selain berseloroh memperkenalkan dirinya sebagai Tan Sri Dato' Muhammad Junaidi Buang, tiada apa-apa lagi 'latihan ceramah' yang dibuat dihadapan saya. Tawaran saya untuk menyunting 'slides' ceramah juga tidak diterima kerana katanya beliau akan cuba berceramah tanpa 'slides'. Siapa yang tidak teruja untuk menyaksikan persembahan pertama yang begini sifatnya?
Kedua, pengisian sarasehan kali ini adalah 'makanan harian' saya. Walaupun pakar terapi NLP dikatakan tidak sebulu dengan pengamal psikologi, saya tetap merasakan kedua pendekatan ini (dan banyak lagi pendekatan kajian tingkahlaku dan pemikiran manusia lain) berkait rapat. Perbincangannya tidak akan lari dari pendekatan terapi kognitif dan tingkahlaku (Cognitive Behavior Therapy) yang dipopularkan Aaron Beck. Biasanya, saya yang diminta berdiri berceramah tentang hubungan pemikiran, tingkahlaku dan emosi manusia. Kali ini, saya teruja duduk di kerusi sebagai peserta. Seronok rasanya bertukar peranan.
Ketiga, sarasehan ini memberi peluang saya ke Kuala Lumpur, bertemu saudara dan teman-teman. Untuk sarasehan ini, saya telah mengambil sehari cuti tambahan. Selesai sarasehan, saya ke Klang berkenduri tahlil dan berkumpul menyambut majlis harijadi dengan ibu dan semua adik-beradik saya, kecuali seorang yang berada dikampung. Sangat gembira dapat berkumpul begini.
'Birthday girl' |
Gambar ini sebagai bukti 'partispasi' (Untuk perhatian Pak Long hehehe) |
Kelima, entry ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang memberi perhatian dan sokongan sepenuh hati. Satu pertiga dari peserta sarasehan ini adalah kroni saya (dan penceramah) - 3 generasi - adik-beradik, anak saudara, dan cucu. Saya baru tahu rupa-rupanya Fikri dan Husni berkongsi harapan serupa: kedua-duanya mahu menjadi menjadi polis (besar juga impak drama-drama kepolisan arahan Yusuf Haslam). Saya amat berbangga dengan penyertaan mereka. Perhargaan khas kepada 'de facto leader' KAMY yang menawarkan platform kepada penceramah membuat eksperimen pertama.
KRONI: Aishah, Nad, Afiq, Achik Didi, Akmal, Husni, Daus, Muhd, Sarah, Mak Ina, Achik, (Dah balik: Pak Busu, Aleen) |
Keenam, sarasehan ini istimewa kerana saya mempunyai beberapa gambarnya. Saya telah berjanji untuk mengeposnya disini. Saya baru sedar, kamera saya tidak lagi menghasilkan gambar yang baik (petanda apakah ini?). Penceramah mungkin tidak dapat melihat gambar-gambar ini; komputernya sedang mogok.