Pagi ini saya meminta En Azeli PAR di Jabatan untuk membawakan 50 naskhah Modul Psikologi daripada Jabatan Perubatan Masyarakat ke pejabat saya. Ya, modul pertama yang diusahakan sejak 2 tahun sudah telah berjaya diterbit dan selesai dicetak minggu sudah. Terasa puas dapat membeleknya, Alhamdulillah
Sederhana saja sifatnya - kecil, putih dan polos |
Modul Psikologi bertujuan menjadi bahan rujukan untuk guru-guru di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Penerbitannya seiring dengan program pendidikan kemasyarakatan menyeluruh dibawah geran kajian universiti (RU) "Sustainable Optimal Services for Disabled in Kelantan" diketuai pakar perubatan masyarakat, Dr Azriani A Rahman. Bengkel 5 hari di Kampus Kesihatan USM diketuai dua pengarang telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan langsung kepada guru-guru PDK sekitar Kelantan mengenai penggunaan kaedah psikologi bagi menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kanak-kanak kurang upaya. Moga usaha yang sedikit ini diberkati Allah dan memberi manfaat kepada Ummah.
'Model Rabiatul Adawiyah' menunjukkan cara menegangkan otot lengan dan tangan |
"Iman, jika membaca entri ini, tolong dapatkan saya alamat anda berenam, terima kasih" |
Saya berniat menghadiahkan naskhah ini kepada 6 pelajar yang terlibat sama dalam penulisan awal modul ini, semasa mereka menjalani praktikum disini, sekitar dua tahun lepas. Nurul Iman, Rusila, Intan Suraya, Siti Aminah, Maheran dan Norshazwani, saya perlu dapatkan alamat kalian.
7 comments:
Iza, tahniah, cita-cita Kak Ngah nak tulis buku, pernah menulis satu, semasa di USM dulu, beri kepada seseorang, kata nak diterbitkan, tak buat apa-apa, kemudian hilang pula katanya. Semoga akan jadi amal jariah...
Alhamdulillah, terima kasih Kak Ngah, InsyaAllah, moga diterima sebagai sedikit amal. Buku apa yang ditulis tu, di USM?
Dr. saya dah baca entry ni.Nanti Iman kumpulkan yer..Tahniah Dr =)
Buku panduan ujian-ujian Makmal Mikrobiologi, dalam Bahasa Melayu, Head Department dulu minta dituliskan, bila ke UKM beri pada pensyarah di sana, dihilangkannya pulak...
Congratas Izah. Wah Pakcik Didi pun terlibat sama. Alhamdullillah. Semoga dapat terus berkarya dan berjaya.
Alhamdulillah, terima kasih Along :)
Post a Comment