Laman sosial dilimpahi dengan seribu macam perkongsian catatan, gambar, luahan hati, harapan, dan apa saja - apa saja yang mahu dicerita, ditayang, dicanang - lihat dunia - ini lah aku - yang menerima jemputan Agung.
Allah.
Ampunkan hambaMu.
Lindungi aku dari penyakit hati.
Sungguh dalam Husnul Khotimah - aku mahu mati.
a. Allah merezekikan anakanda Nurul Ilham dapat tinggal di asrama SMANTAP, asbab umi dan ayah ke Mekah, dan tiada siapa nak menjaga anak-anak di Kota Bharu.
Semoga menjadi anak yang solehah.
b. Kerana tiada buat apa-apa majlis, Cik Sah dan Abang Ri yang menjemput kami sekeluarga jamu macaroni sup yang enak - untuk menghantar Dhuyufurahman.













0 comments:
Post a Comment